Friday, March 5, 2010

Viva Palestin


Sejauh mana anda sebagai muslim, peka terhadap isu org Islam seluruh dunia?
Terima kasih kepada “perantau” kerana menyedarkan kami tentang Viva palestina yang memperjuangkan nasib Gaza.
Konvoi dimulakan dari London pada 6 Disember 2009 disertai kira-kira 1400 aktivis 43 negara dalam 220 kenderaan bagi menghantar makanan, ubat dan peralatan sekolah bernilai AS$1 juta (RM3.38 Juta) utk rakyat Palestin di Gaza (anjuran kumpulan aktivis Amerika Syarikat, Code Pink.

Banyak dugaan yg dilalui oleh mereka, antaranya tidak menadapat kerjasama daripada kerajaan Mesir. Kementerian Dalam Negeri kerajaan itu mengatakan perarakan itu tidak sah dan menjadi ancaman kepada keselamatan. Bila tak dapat masuk mereka pn carik jalan lain..tetapi belum sempat menjumpai jalan lain tunjuk perasaan aman diadakan membantah keputusan kerajaan Mesir melarang 59 kenderaan konvoi di bawa keluar dari pelabuhan Al-Arish ke Gaza. Tunjuk perasaan yg pada awalnya aman bertukar ganas dan lebih 10 anggota viva palestina cedera, 4 cedera dan 7 ditahan, termasuk yang ditahan seorang warga Malaysia, Ibrahim Mohd Azmi , pelajar perubatan Universiti Bistol United Kingdom.
Namun begitu, konvoi akhirnya tiba di Gaza pada 6 Januari 2010 yang sepatutnya dirancang sampai pada 27 Disember 2009.

Apa yang kami sedih, tentang nasib mereka yang bukan sahaja menerima kesan fizikal malah mental dan perasaan. Hasil pantauan beberapa organisasi antara 30-40 % penduduk Gaza mengahdapi tanda-tanda menghidapi PTSD-Gangguan Tekanan Trauma Selepas Perang. Selain itu, kajian juga mendapati 2/3 daripada kanak-kanak di Gaza mengalami paras kegelisahan luar biasa.

Memang layak Viva Palestina dipandang mulia berbanding Amerika yang kononnya negara yang menegakkan hak asasi manusia antarabangsa apabila tidak mengambil peduli misi kemanusiaan. Marilah sama-sama kita doakan kesejahteraan penduduk Gaza dan bukalah mata tentang nasib orang Islam yang perlu sama-sama kita bela..AllahuAkbar!

0 Comments: