Friday, March 5, 2010

Gaya Hati Sehat...

Tahukah anda..untuk mempunyai kehidupan yang sempurna, kita bukan sahaja perlu mengamalkan GAYA HIDUP SIHAT..tetapi juga perlu mengamalkan GAYA HATI SIHAT. Di sini terdapat beberapa cadangan ubat-ubatan dan amalan lain yang bersesuaian untuk mempunyai hati yang sihat lebih-lebih lagi bagi hati yang telah dijangkiti virus CINTA yang tidak pada tempatnya. Jadi…selamat mencuba!!!!

UBAT-UBATAN

1 botol TEGAS – minum 5 ml setiap hari

(memantapkan hati dalam membuat keputusan)

1 botol YAKIN – minum 5ml selepas mengambil ubat TEGAS.

Krim ISTIGHFAR – sapu di dada dan hati setiap hari

(menstabilkan keyakinan supaya tidak “over confident”)

SENAMAN

Gerakan LIDAH + HATI – berselawat

(menetapkan hati dan tidak mudah goyah)

Jika sakit CINTA yang tidak pada tempatnya itu berkurangan, segera dapatkan injection supaya keputusan muktamad dibuat dan segera sapukan iodin TAWAKKAL supaya luka tidak dijangkiti virus SESAL menggunakan kapas REDHA.

AMALAN HARIAN

  • Amalkan minum air SABAR selepas bgn tidur dan sebelum tidur.
  • Amalkan juga memakan buah TABAH sebiji sehari.
  • Amalkan makan vitamin OPTIMIS sebiji sehari.
  • Amalkan juga vitamin HUSNU DZON = bersangka baik apabila perlu.

***Jika anda rasa sengal WAS-WAS semasa mengamalkan perubatan hati, anda dinasihatkan mengambil dos ubat TEGAS 2 KALI GANDA(minum sebanyak 10 ml sekali makan). Sebarang kesan sampingan sila rujuk klinik AGAMA ISLAM berdekatan anda.

MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA

0 Comments: