Friday, March 5, 2010

Izzudin AlQassam



-Dilahirkan pada tahun 1882 di Jabalah , Utara Syria.
-Nama sebenar Muhammad Izzuddin bin Abdul Al-Qadir bin Mustapha bin Yusuf bin Muhammad Al-Qassam.
-Mendapat ijazah pertama di Universiti Al-Azhar pada tahun 1906.
-Pernah berguru dengan Sheikh Muhammad Abduh , tokoh reformis terkenal.
-Setelah tamat pengajian , bergiat sebagai guru dan imam.
-Aktif berdakwah pada masyarakat.
-Pada tahun 1911, bersama sukarelawan berjihad di Libya ketika Itali menjajah.
-Semasa Perang Dunia Pertama , beliau menyertai pasukan tentera Empayar Uthmaniyah dan ditempatkan di Dimasyq , Syria.
-Pada tahun 1920 , berlaku Revolusi Syria yang mencetuskan perang Melson dan pasukan beliau sekali lagi berperang menentang Perancis.
-Beliau menjadi orang penting dalam serangan terhadap Perancis.
-Pada tahun 1921 , asakan demi asakan tentera Perancis menyebabkab beliau dan pengikutnya terpaksa berundur ke Haifa, Palestin. Sekarang Haifa sudah menjadi salah satu bandar Negara Haram Israel.
-Di sana, beliau membuka sebuah sekolah bagi mengajar golongan bawahan.
-Beliau dianggap tokoh mujahid yang disegani kerana beliau mengetahui dan memahami perancangan yahudi yang mahu mendirikan sebuah negara yahudi di tanah Palestin. Beliau juga mengetahui pakatan rahsia antara Zionis , Amerika dan British.
-Di atas kesedaran itu, beliau sering memberi ucapan di Masjid An-Nasr dan Al-Istiqlal bagi memberi kesedaran dan membangkitkan semangat rakyat.
-Beliau memimpin Jam’iyah Syubban Al-Muslimin ( Persatuan Pemuda Muslim ) yang beribu pejabat di Haifa pada tahun 1927.
-Beliau dilantik menjadi Kadi Nikah di Mahkamah Syariah Haifa pada tahun 1929, dengan jawatan ini beliau sering turun ke utara Haifa tempat pelarian Palestin berkampung dan di sana jugalah beliau mengumpulkan pasukan gerila bagi bertempur dengan pihak British dan Yahudi.
-Selepas berlaku pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Hebron pada tahun yang sama, beliau merekrut sehingga 800 orang ahli dengan menubuhkan kumpulan “Black Hand” sebuah gerakan bersenjata anti-British.
-Parti Istiqlal menyokong segala usaha yang dilakukan oleh beliau pada tahun 1930.
-Pada tahun 1931, pasukan beliau telah menyerang perkampungan Yahudi di Yagur, kemudian mereka terus mara hingga tersebar ke seluruh wilayah pergunungan pada tahun 1935.
-Pada 20 November 1935, unit beliau seramai enam orang bertempur dengan tentera British turut dibantu pesawat tempur berhampiran Ya’bad, ini adalah pertempuran terakhir beliau di mana beliau bersama dua pengikutnya telah syahid.

Kini semangat beliau terus berkobar dalam diri pemuda-pemuda Palestin, turut terpancar cahaya semangat beliau ke dalam sanubari setiap umat Islam yang cintakan agama. Perjuangan membebaskan bumi Palestin adalah perjuangan yang bukan hanya tergalas di atas bahu rakyat Palestin, tapi seluruh insan yang mengaku bahawa Allah sebagai Tuhan, Muhammad sebagai utusanNYA. Kini sebahagian besar tanah Palestin dijajah Yahudi laknatullah, apa yang ada hanyalah sekangkang kera tanah Gaza yang masih belum dikuasai Yahudi. Apa yang musuh Islam mahukan bukan tanah itu sahaja, tapi APA YANG ADA DALAM DADA setiap umat yang mempertahankan bumi Palestin. Tuhan berfirman dalam dalam kalamNYA yg bermaksud:

"Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian)"

Apa tindakan kita ? selaku orang yang mengakui Muslim, kita tentu tahu di mana pendirian kita. Tindakan kita akan membuktikan pendirian dan pegangan kita. Muslim yang sejati tahu apa yang perlu dilakukan. Berjuanglah di medan kita, di mana kedudukan kita. Isu “PENJAJAHAN TANAH UMAT ISLAM PALESTIN” bukanlah sebuah isu lama yang diangkat semula, tapi ia bersifat evergreen dan sentiasa diperjuangkan hinggalah tiap inci tanah bumi Palestin itu dikembalikan kepada yang hak. Saidina Umar yang membuka Palestin suatu masa dulu telahpun pergi, begitu juga Sultan Salahudin Al-Ayubi, cubaan demi cubaan, perjuangan yang telah syahid di jalannya beribu-ribu nyawa bahagia menghadap Allah. Kini kita bukan hanya menunggu tapi bersiap sedia untuk dipimpin oleh Salahudin Al-Ayubi ke-2 bersama membuka dan membebaskan tanah Palestin semula, insyaALLAH.

0 Comments: