Friday, March 26, 2010
Sunday, March 14, 2010
kerja untuk dunia atau akhirat?
“bekerjalah untuk dunia seolah-olah kamu hidup selama-lamanya dan bekerjalah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok..”
eh,ape ni?mana satu yang penting?dunia ke akhirat?di sini saya terangkan dengan 1 situasi…
Izzudin adalah seorang arkitek dan dia perlu menghadiri lawatan tapak…lawatan tapak dibuat pada jam 4.00 petang..dan selepas setengah jam masuk waktu asar..tetapi Izzudin masih belum selesai melihat kawasan tapak pembinaan..yang mana perlu diutamakan?kerja untuk dunia atau kerja untuk akhirat?
Begini…bekerjalah untuk dunia seolah-olah kamu hidup selama-lamanya maknanya berdasarkan situasi yang dialami oleh izzudin..lawatan tapak(kerja untuk dunia) itu boleh disambung selepas solat atau keesokan harinya..atau lusa..kerana itu dikatakan “bekerjalah untuk dunia seolah-olah kamu hidup selama-lamanya”..menunjukkan masih ada kesempatan jika kita menangguhkannya..
Manakala.. bekerjalah untuk akhirat kamu seolah-olah kamu akan mati esok.. Izzudin perlu mengutamakan solat asar..kerana kita tidak boleh menangguh solat..bimbang umur kita tidak panjang dan tidak berkesempatan melaksanakan solat..kerana tuntutan solat itu sendiri mengajar kita mendisplinkan diri kita..dari segi menepati masa....
Kerja dunia..tak dapat kita sudahkan hari ini..esok insyaAllah kita akan sambung lagi..kerja untuk akhirat seperti solat..jangan kita tangguh-tangguhkan..kerana solat subuh hanya pada waktu subuh..dan kemudian akan datang pula waktu tgahari dan perlu kita solat zohor pula..subuh tadi akan berlalu...dan tidak akan kembali..jika ditangguh sudah berdosa..apatah lagi jika ditinggalkan....Islam menyuruh kita bersungguh-sungguh dalam melaksanakan kerja di dunia kerana ianya ibadah..tetapi jangan lupa kewajipan sebagai muslim..
Muhasabah diri..menjadi muslim biar yang terbaik..tetapi jgn rasa diri anda baik...kerana Allah tidak suka orang yang sombong..^_^
Posted by Muhammad Hazuanuddin at 7:16 AM 0 comments
Labels: berpesan-pesan
Friday, March 5, 2010
Viva Palestin
Sejauh mana anda sebagai muslim, peka terhadap isu org Islam seluruh dunia?
Terima kasih kepada “perantau” kerana menyedarkan kami tentang Viva palestina yang memperjuangkan nasib Gaza.
Konvoi dimulakan dari London pada 6 Disember 2009 disertai kira-kira 1400 aktivis 43 negara dalam 220 kenderaan bagi menghantar makanan, ubat dan peralatan sekolah bernilai AS$1 juta (RM3.38 Juta) utk rakyat Palestin di Gaza (anjuran kumpulan aktivis Amerika Syarikat, Code Pink.
Banyak dugaan yg dilalui oleh mereka, antaranya tidak menadapat kerjasama daripada kerajaan Mesir. Kementerian Dalam Negeri kerajaan itu mengatakan perarakan itu tidak sah dan menjadi ancaman kepada keselamatan. Bila tak dapat masuk mereka pn carik jalan lain..tetapi belum sempat menjumpai jalan lain tunjuk perasaan aman diadakan membantah keputusan kerajaan Mesir melarang 59 kenderaan konvoi di bawa keluar dari pelabuhan Al-Arish ke Gaza. Tunjuk perasaan yg pada awalnya aman bertukar ganas dan lebih 10 anggota viva palestina cedera, 4 cedera dan 7 ditahan, termasuk yang ditahan seorang warga Malaysia, Ibrahim Mohd Azmi , pelajar perubatan Universiti Bistol United Kingdom.
Namun begitu, konvoi akhirnya tiba di Gaza pada 6 Januari 2010 yang sepatutnya dirancang sampai pada 27 Disember 2009.
Apa yang kami sedih, tentang nasib mereka yang bukan sahaja menerima kesan fizikal malah mental dan perasaan. Hasil pantauan beberapa organisasi antara 30-40 % penduduk Gaza mengahdapi tanda-tanda menghidapi PTSD-Gangguan Tekanan Trauma Selepas Perang. Selain itu, kajian juga mendapati 2/3 daripada kanak-kanak di Gaza mengalami paras kegelisahan luar biasa.
Memang layak Viva Palestina dipandang mulia berbanding Amerika yang kononnya negara yang menegakkan hak asasi manusia antarabangsa apabila tidak mengambil peduli misi kemanusiaan. Marilah sama-sama kita doakan kesejahteraan penduduk Gaza dan bukalah mata tentang nasib orang Islam yang perlu sama-sama kita bela..AllahuAkbar!
Posted by Muhammad Hazuanuddin at 3:13 PM 0 comments
Labels: isu dunia
ringkas dan padat
apabila kamu teringat akan seseorang,banyakkanlah olehmu ISTIGHFAR..apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari,banyakkanlah SELAWAT..apabila kamu mahukan wajah berseri dan sejuk mata memandang,banyakkanlah SOLAT DHUHA..apabila kamu mahukan perlindungan dan kekuatan hati,banyakkanlah TAHJUD..dan apabila kamu mahukan malaikat mendampingimu dan mengelak dari pandangan nafsu@syaitan,hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan berwudhu'.." Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah... Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah... Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah... Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t.... Agar tunduk disaat yang lain angkuh... Agar teguh disaat yang lain runtuh... Agar tegar disaat yang lain terlempar.
Posted by Muhammad Hazuanuddin at 8:37 AM 0 comments
Labels: beramal
Bicara Cinta

Bicara tentang cinta.. sering kali bila kita menyebutnya.. banyak makna dan pengertian yang cuba diberikan untuk kalimah itu … “CINTA” … “ Cinta Adalah kekuatan dan bukannya melemahkan , Cinta itu membahagiakan bukannya mendatangkan kesengsaraan , Cinta itu menyuburkan bukannya mematikan , Cinta itu mengembangkan bukannya mengecilkan atau mengurangkan , Cinta itu mendekatkan bukan menjauhkan , … “ wah… banyaknya huraian tentang Cinta …
Cinta mendatangkan kebaikan kepada kita apabila kita tulus menghargai “CINTA” .. kita akan bahagia bila kita meletakkan “CINTA” kena pada tempatnya… kerana apa ia begitu indah..?? kerana.. yang menciptakan “CINTA” begitu hebat dan indah … siapa lagi kalau bukan Tuhan kita semua .. Allah lah yang mendatangkan “CINTA” dalam hati kita …
tempat “CINTA” adalah di hati ..
“Hati” pula adalah “RAJA” bagi tiap diri yang ada …
sedang ada 1 lagi dalam diri kita ini yang menjadi penasihat kita .. itu adalah “AKAL” .. bagi “AKAL” yang dilandasi “IMAN” ..insyaALLAH segala pertimbangan kita baik belaka.. namun, bila kita tersilap langkah .. bukan “AKAL” yang memandu kita … sebaliknya “NAFSU” yang beraja di “HATI” … “NAFSU” adalah tunggangan “SYAITAN” …
Hehe.. agak2nya x jauh kita lari dari subjek “CINTA” … bagaimanakah “Cinta” yang dikatakan “Kerana ALLAH” itu..?? “CINTA” adalah kekuatan utk kita berkorban , kekuatan utk kita sanggup melakukan apa sahaja kerana “CINTA” , ia bukan melemahkan kita dari terus menyayangi .. “CINTA” itu membahagiakan kerana manusia bila saling kasih mengasihi , maka tiada lagi penindasan , tiada lagi kezaliman , dunia akan akan aman ... “CINTA” itu menyuburkan hati2 yang mati , untuk terus mekar berbakti , menyumbang , memberi .. hati akan sentiasa lembut tapi bukan sebaliknya mematikan hati , jadi seorang yang pemarah , pembengis , keras , degil , itulah hati2 yang mati tanpa “CINTA” … bila “CINTA” ada di hati2 kita semua , maka akan terkembanglah ukhuwwah sesama kita ..umat Islam yang telah lama tidak bersama .. bila semua ada rasa “CINTA” maka umat Islam akan kembali kuat , tiada lagi permusuhan sesama kita .. “Tiap2 orang beriman itu adalah bersaudara” .. kembangkanlah ukhuwwah … dan yang akhirnya, “CINTA” itu mendekatkan hati2 yang jauh .. mendekatkan kita sesama insan … yang lebih penting … mendekatkan diri kita dengan “ALLAH” ..
“HATI” yang subur adalah “HATI” yang penuh dengan “CINTA” ..
“CINTA” itu landasannya “IMAN” , dinaungi “ALLAH”
pasti “CINTA” kita beroleh “PAHALA” dan ganjarannya adalah “SYURGA yang ABADI” …
“HATI” yang mati adalah “HATI” yg meletakkan “CINTA” berlandaskan “NAFSU” ,
yang dinaungi “SYAITAN” .. pasti “CINTA” seperti itu beroleh “DOSA” dan ganjarannya adalah “NERAKA” dan tempatnya “ABADI” …
JOM .. SAMA-SAMA KITA MUHASABAH.. DI MANA “CINTA” KITA..?
Posted by Muhammad Hazuanuddin at 8:33 AM 0 comments
Labels: cinta Allah cinta Abadi
Izzudin AlQassam

-Dilahirkan pada tahun 1882 di Jabalah , Utara Syria.
-Nama sebenar Muhammad Izzuddin bin Abdul Al-Qadir bin Mustapha bin Yusuf bin Muhammad Al-Qassam.
-Mendapat ijazah pertama di Universiti Al-Azhar pada tahun 1906.
-Pernah berguru dengan Sheikh Muhammad Abduh , tokoh reformis terkenal.
-Setelah tamat pengajian , bergiat sebagai guru dan imam.
-Aktif berdakwah pada masyarakat.
-Pada tahun 1911, bersama sukarelawan berjihad di Libya ketika Itali menjajah.
-Semasa Perang Dunia Pertama , beliau menyertai pasukan tentera Empayar Uthmaniyah dan ditempatkan di Dimasyq , Syria.
-Pada tahun 1920 , berlaku Revolusi Syria yang mencetuskan perang Melson dan pasukan beliau sekali lagi berperang menentang Perancis.
-Beliau menjadi orang penting dalam serangan terhadap Perancis.
-Pada tahun 1921 , asakan demi asakan tentera Perancis menyebabkab beliau dan pengikutnya terpaksa berundur ke Haifa, Palestin. Sekarang Haifa sudah menjadi salah satu bandar Negara Haram Israel.
-Di sana, beliau membuka sebuah sekolah bagi mengajar golongan bawahan.
-Beliau dianggap tokoh mujahid yang disegani kerana beliau mengetahui dan memahami perancangan yahudi yang mahu mendirikan sebuah negara yahudi di tanah Palestin. Beliau juga mengetahui pakatan rahsia antara Zionis , Amerika dan British.
-Di atas kesedaran itu, beliau sering memberi ucapan di Masjid An-Nasr dan Al-Istiqlal bagi memberi kesedaran dan membangkitkan semangat rakyat.
-Beliau memimpin Jam’iyah Syubban Al-Muslimin ( Persatuan Pemuda Muslim ) yang beribu pejabat di Haifa pada tahun 1927.
-Beliau dilantik menjadi Kadi Nikah di Mahkamah Syariah Haifa pada tahun 1929, dengan jawatan ini beliau sering turun ke utara Haifa tempat pelarian Palestin berkampung dan di sana jugalah beliau mengumpulkan pasukan gerila bagi bertempur dengan pihak British dan Yahudi.
-Selepas berlaku pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Hebron pada tahun yang sama, beliau merekrut sehingga 800 orang ahli dengan menubuhkan kumpulan “Black Hand” sebuah gerakan bersenjata anti-British.
-Parti Istiqlal menyokong segala usaha yang dilakukan oleh beliau pada tahun 1930.
-Pada tahun 1931, pasukan beliau telah menyerang perkampungan Yahudi di Yagur, kemudian mereka terus mara hingga tersebar ke seluruh wilayah pergunungan pada tahun 1935.
-Pada 20 November 1935, unit beliau seramai enam orang bertempur dengan tentera British turut dibantu pesawat tempur berhampiran Ya’bad, ini adalah pertempuran terakhir beliau di mana beliau bersama dua pengikutnya telah syahid.
Kini semangat beliau terus berkobar dalam diri pemuda-pemuda Palestin, turut terpancar cahaya semangat beliau ke dalam sanubari setiap umat Islam yang cintakan agama. Perjuangan membebaskan bumi Palestin adalah perjuangan yang bukan hanya tergalas di atas bahu rakyat Palestin, tapi seluruh insan yang mengaku bahawa Allah sebagai Tuhan, Muhammad sebagai utusanNYA. Kini sebahagian besar tanah Palestin dijajah Yahudi laknatullah, apa yang ada hanyalah sekangkang kera tanah Gaza yang masih belum dikuasai Yahudi. Apa yang musuh Islam mahukan bukan tanah itu sahaja, tapi APA YANG ADA DALAM DADA setiap umat yang mempertahankan bumi Palestin. Tuhan berfirman dalam dalam kalamNYA yg bermaksud:
"Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian)"
Apa tindakan kita ? selaku orang yang mengakui Muslim, kita tentu tahu di mana pendirian kita. Tindakan kita akan membuktikan pendirian dan pegangan kita. Muslim yang sejati tahu apa yang perlu dilakukan. Berjuanglah di medan kita, di mana kedudukan kita. Isu “PENJAJAHAN TANAH UMAT ISLAM PALESTIN” bukanlah sebuah isu lama yang diangkat semula, tapi ia bersifat evergreen dan sentiasa diperjuangkan hinggalah tiap inci tanah bumi Palestin itu dikembalikan kepada yang hak. Saidina Umar yang membuka Palestin suatu masa dulu telahpun pergi, begitu juga Sultan Salahudin Al-Ayubi, cubaan demi cubaan, perjuangan yang telah syahid di jalannya beribu-ribu nyawa bahagia menghadap Allah. Kini kita bukan hanya menunggu tapi bersiap sedia untuk dipimpin oleh Salahudin Al-Ayubi ke-2 bersama membuka dan membebaskan tanah Palestin semula, insyaALLAH.
Posted by Muhammad Hazuanuddin at 8:26 AM 0 comments
Labels: kenal tokoh
Gaya Hati Sehat...
Tahukah anda..untuk mempunyai kehidupan yang sempurna, kita bukan sahaja perlu mengamalkan
UBAT-UBATAN
1 botol TEGAS – minum 5 ml setiap hari
(memantapkan hati dalam membuat keputusan)
1 botol YAKIN – minum 5ml selepas mengambil ubat TEGAS.
Krim ISTIGHFAR – sapu di dada dan hati setiap hari
(menstabilkan keyakinan supaya tidak “over confident”)
SENAMAN
Gerakan LIDAH + HATI – berselawat
(menetapkan hati dan tidak mudah goyah)
Jika sakit CINTA yang tidak pada tempatnya itu berkurangan, segera dapatkan injection supaya keputusan muktamad dibuat dan segera sapukan iodin TAWAKKAL supaya luka tidak dijangkiti virus SESAL menggunakan kapas REDHA.
AMALAN HARIAN
- Amalkan minum air SABAR selepas bgn tidur dan sebelum tidur.
- Amalkan juga memakan buah TABAH sebiji sehari.
- Amalkan makan vitamin OPTIMIS sebiji sehari.
- Amalkan juga vitamin HUSNU DZON = bersangka baik apabila perlu.
***Jika anda rasa sengal WAS-WAS semasa mengamalkan perubatan hati, anda dinasihatkan mengambil dos ubat TEGAS 2 KALI GANDA(minum sebanyak 10 ml sekali makan). Sebarang kesan sampingan sila rujuk klinik AGAMA ISLAM berdekatan anda.
MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA
Posted by Muhammad Hazuanuddin at 8:24 AM 0 comments
Labels: ubat hati
beralih angin...
lucky to be muslim telah "ter"delete dan ini sambungannya..
Lucky being muslim..selamat singgah!!!
Posted by Muhammad Hazuanuddin at 8:04 AM 0 comments
Labels: terdelete plak..


