“bekerjalah untuk dunia seolah-olah kamu hidup selama-lamanya dan bekerjalah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok..”
eh,ape ni?mana satu yang penting?dunia ke akhirat?di sini saya terangkan dengan 1 situasi…
Izzudin adalah seorang arkitek dan dia perlu menghadiri lawatan tapak…lawatan tapak dibuat pada jam 4.00 petang..dan selepas setengah jam masuk waktu asar..tetapi Izzudin masih belum selesai melihat kawasan tapak pembinaan..yang mana perlu diutamakan?kerja untuk dunia atau kerja untuk akhirat?
Begini…bekerjalah untuk dunia seolah-olah kamu hidup selama-lamanya maknanya berdasarkan situasi yang dialami oleh izzudin..lawatan tapak(kerja untuk dunia) itu boleh disambung selepas solat atau keesokan harinya..atau lusa..kerana itu dikatakan “bekerjalah untuk dunia seolah-olah kamu hidup selama-lamanya”..menunjukkan masih ada kesempatan jika kita menangguhkannya..
Manakala.. bekerjalah untuk akhirat kamu seolah-olah kamu akan mati esok.. Izzudin perlu mengutamakan solat asar..kerana kita tidak boleh menangguh solat..bimbang umur kita tidak panjang dan tidak berkesempatan melaksanakan solat..kerana tuntutan solat itu sendiri mengajar kita mendisplinkan diri kita..dari segi menepati masa....
Kerja dunia..tak dapat kita sudahkan hari ini..esok insyaAllah kita akan sambung lagi..kerja untuk akhirat seperti solat..jangan kita tangguh-tangguhkan..kerana solat subuh hanya pada waktu subuh..dan kemudian akan datang pula waktu tgahari dan perlu kita solat zohor pula..subuh tadi akan berlalu...dan tidak akan kembali..jika ditangguh sudah berdosa..apatah lagi jika ditinggalkan....Islam menyuruh kita bersungguh-sungguh dalam melaksanakan kerja di dunia kerana ianya ibadah..tetapi jangan lupa kewajipan sebagai muslim..
Muhasabah diri..menjadi muslim biar yang terbaik..tetapi jgn rasa diri anda baik...kerana Allah tidak suka orang yang sombong..^_^

0 Comments:
Post a Comment